TIPS IKHTIAR HAMIL (PENGALAMAN SENDIRI)
Ada macam-macam cara ramai pasangan ikhtiar untuk dapatkan cahayamata..cik Nurul berkongsi pengalaman cik Nurul sendiri melalui tempoh menunggu selama 3 tahun lamanya..walau bila ada yang mendengar kata 'oh, kejap jer tu, ada lagi yang lama'..namun yang melalui sahaja merasai betapa lamanya setiap saat dalam penantian itu..menghadapi cakap-cakap orang sekeliling lagi..so mommies bersabar yer kerana Allah beri kamu ketika kamu benar-benar bersedia..jom kita share tips sama-sama:
1. JUMPA DOKTOR PAKAR
1st step semua orang kene buat😉..
Cik Nurul selepas 1 tahun memang ada cek ke doktor💉 pakar..just cek basic macam 🔭scan rahim, tengok kedudukan rahim, pap smear, ambil darah..untuk suami cek sperma..cik Nurul dgr penerangan doktor..bila lega takde masalah baru proceed dengan alternatif lain..setakat ni ubat subur ada sekali cuba tapi tak mengena..
❤Cadangan cik Nurul:
Pilih doktor yang pakar sakit puan yang anda boleh commit masa⌚ pergi berdua suami dan isteri..bukan apa bila pergi berdua suami akan jelas dengan tentang penerangan doktor..bukan kita seorang jer berusaha..sbb kdg masalah datang dari lelaki atau perempuan juga🙆🙍
Tanya kawan-kawan doktor mana yang bagus.. (jika ada kewangan lebih)..beberapa suggestion area JB:
✔Hospital Regency - ada 3 doktor sakit puan..salah seorang Dr Toha..dia sangat direcommended oleh ramai orang
✔Hospital Columbia - ada 3 doktor sakit puan..dan salah seorangnya perempuan
✔Hospital Penawar (area Pandan) - cik Nurul jumpa doktor di sini sebab dia ada buka untuk jumpa doktor time malam..sbb suami kerja siang hari..so curi masa time ni..doktor pun perempuan
✔LPPKN - ni kawan yang suggest..costing berpatutan dan jika buat IUI boleh claim balik jika anda pekerja kerajaan😉
Ni semua hasil pertanyaan dengan kawan-kawan..tapi banyak juga lagi hospital area berdekatan yang tawarkan rawatan..pokoknya ongkos💵
Nak tanya cik Nurul anggaran costing ok jer..so semoga perkongsian ini membantu😊
#tipsikhtiarhamil
#journeymomtobe
#jomsamasamakongsi
#mamanoraiman💋
2.JAGA PEMAKANAN DAN DIET
Selepas 1 tahun dengan kesibukan bersama nor Aiman..Kat sini rasa nak sharing momment mcmana cik Nurul dapatkan ci Aiman👶 dalam masa 3 tahun
Salah satu tips🙋 mcm kat atas ni☝
Ini cara cepat hamil yang paling penting.
Diet bukan sampai tidak makan langsung. Nanti ada pula yang kata, “Aku gemuk pun boleh mengandung apa!”. Itu rezeki namanya.
Apa yang ingin ditekankan, pastikan makan makanan yang berkhasiat🍅🍊🍆🍄🍏
4-5 bulan sebelum lekat Aiman..mmg ada ikut program diet Arif Sukri -Ustaz Fitness-..😎 group support untuk nak diet dan jaga pemakanan sihat..dari segi kalori..so sape nak cuba bleh cuba..murah jer rm30 (harga 2 tahun lps)
Serius..rupanya membantu utk lekat..
Gigih waktu tu..fikir nak diet🙆 jer..alhamdulillah Allah bagi berita gembira😆
Gigih tau cik Nurul beli CD exercise..😉😉..dah en somi tak bg exercise kat luar
So next sharing ttg supplement pula..so mommies kat luar sana dah boleh start GAYA HIDUP SIHAT
#ikhtiarhamil
#myjourneymomtobe
#jomsamasamakongsi
#mamanoraiman
3.AMALAN ZIKIR-ZIKIR NAMA ALLAH
Sebelum cik Nurul lekat ci Aiman👶..on the way ke sekolah (jauh dalam 30-40 minit)..dari dok dengar radio..cik Nurul jadikan zikir-zikir amalan harian..
Petua ni ada seseorang yang minta amalkan😍..zikir nama Allah katanya..yang dari 99 nama Allah tu ada nama-nama Allah yang memohon kemurahan rezeki
Kat sini cik Nurul kongsi amalan zikir nama-nama Allah untuk mendapatkan zuriat👶:
AL- BARI (MAHA MENGADAKAN)
AL- MUSAWWIR (MAHA PEMBENTUK)
AL- KHALIQ (MAHA PENCIPTA)
Baca 100x (setiap satu) dalam perjalanan ke tempat kerja atau masa lapang..
Sambil baca & gosok perut 🙆anda, amalkan waktu pagi & malam.
Ini yang cik Nurul amal dan selang seli dengan bacaan Yassin..
Semoga impian semuanya dipermudahkan Allah, Ameen dengan perkongsian ini🌷
#ikhtiarhamil
#journeymomtobe
#jomsamasamakongsi
#mamanoraiman
4.SUSU KAMBING 🍶FRESH + KURMA
Yes..ini satu usaha cik Nurul yang berterusan..dari 4-5 bulan sebelum🐑
Ramai kengkawan yang tanya..boleh tak susu kambing 🐐yang dah proses mcm2 kat pasaran skrg..
Sebaiknya yang fresh🐐 dari ladang tanpa campuran..kurma yang dah proses..
Bleh google cara nak buat..byk sangat..yang gaya cik Nurul cmni😉
1. Ambil 7 biji kurma🌰..pegang sama2 dgn suami..doa sama2.. doa-doa untuk ikhtiar hamil (bleh google)
2. Kurma🌰 tu bawa ke dapur..buang biji..blend dgn susu kambing tu..ckup segelas..
3. Panaskan suam-suam..sbb cik Nurul sejenis tak leh hadam bau susu ni😡
4. Tuang masuk dalam gelas..pegang sama-sama dgn suami..baca balik doa-doa tadi..dan diiringi doa kita sendiri..🙆
5. Minum separuh-separuh dari gelas yang sama..baru ler loving couple❤
So ni sharing yang cik Nurul buat..sbb ada ustazah kat sekolah suruh cuba..
Ada juga cik Nurul dgr dalam ceramah agama..katanya Jin yang duduk dkt rahim tu tak suka susu kambing🐑..
So mommies..dah bleh cuba cara baru yer mommies..lagipun ni mmg sunnah Rasulullah😊
#ikhtiarhamil
#myjourneymomtobe
#jomsamasamakongsi
#mamanoraiman
5.VITAMIN IKTIAR HAMIL
Cara cepat hamil yang berikutnya ialah berkenaan makanan tambahan atau supplement💊. Badan perlukan nutrien.
Lihat senarai vitamin ini yang dapat meningkatkan kesuburan dan memudahkan untuk ‘conceive’:
Vitamin E
Zinc
Copper
Panthothenic acid
Potassium
Vitamin A
Vitamin C
Vitamin D
Thiamin B6
Riboflavin
Niacin
Fuh, banyaknya kan? Kalau ada duit lebih, boleh beli di farmasi🏥.
Jika tidak, cari buah-buahan 🍎🍅🍏🍊🍋🍆🍇🍉dan makanan lain yang mengandungi nutrien tersebut.
Untuk pil herba, sila rujuk pada yang pakar juga. Jangan makan sebarangan.
Nak order dengan cik Nurul pun ok😊
#iktiarhamil
#journeymomtobe
#mamanoraiman
6.PERBAIKI SOLATMU DAN SEDEKAHMU
Ini pesanan cik Nurul dapat dari ramai orang..banyakkan solat sunat terutamanya solat Dhuha dan solat Tahajud juga solat Hajat..cik nurul ni kadang ada juga terskip skip..tp Solat Dhuha tu inshaAllah
Mohon juga ibu-ibu sedang mengandung doakan awak..dulu cik Nurul suka gosok perut mak-mak tengah pregnant..suruh maknya doakan untuk cik Nurul juga..
Power of sedekah..ini salah satu yang membantu semua pintu rezeki..inshaAllah dalam kita memberi sedikit atau banyak niatkan dengan doa kita sekali..ya Allah semoga dengan sedekah ini, datangkan ku rezeki zuriat atau anak..
Aminn..
Dan
Yakinlah, dengan doa dan tawakal setelah semua usaha telah dibuat..yang penting istiqamah untuk lakukan secara berterusan..












0 comments