• Home
  • PROMOSI JOM SHAKLEE
  • Whatsapp
    • instagram
    • facebook
  • HARGA PRODUK
  • JANA INCOME
  • kELEBIHAN AHLI SHAKLEE
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

Vitamin Cantiks

Sustained Released Vita-C Plus™

Vitamin C Semula Jadi

Kod Produk: 10104 (180 tablet)



Alami semula nikmat kesihatan. Nutrien yang betul memainkan peranan penting untuk keseluruhan kesihatan dan kesejahteraan.
Vitamin C adalah vitamin penting yang larut air dan mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh, dengan fungsi utama sebagai antioksida yang baik. Ia juga memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya, semua yang membentuk tubuh anda.*
Tahukah Anda?
Tubuh anda mampu melakukan pelbagai perkara, tetapi ia tidak dapat menghasilkan atau menyimpan vitamin C. Oleh itu, anda perlu sentiasa mengambil vitamin C untuk tubuh anda melalui pemakanan harian dan suplemen.
Keistimewaan Shaklee
Sustained Release Vita-C PlusTM adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.
Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.
Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya.
Nutritional Facts
Saiz Hidangan: 1 tablet (922.00mg)
RamuanAmaun Setiap Tablet
Asid Askorbik 95%
(Menyediakan 525.35mg Vitamin C)
553.00 mg
Bioflavonoid Sitrus Kompleks
(Menyediakan 7.50 mg Bioflavonoid Lemon)
(Menyediakan 7.50 mg Bioflavonoid Oren)
(Menyediakan 7.50 mg Bioflavonoid Limau Gedang)
90.00 mg
Hesperidin
(Menyediakan 7.50mg Bioflavonoid Oren)
30.00 mg
KKLIU 0611/2017
MAL13085068NC
* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk suplemen.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
ATURAN MAKAN SHAKLEE

VIVIX 

- 1 sudu kecik pagi
- untuk mereka yang ada kencing manis, darah tinggi dan strok 1 sudu kecik pagi dan malam

VITA LEA

- 1 biji sehari selepas lunch 
- elakkan makan dengan perut kosong atau berangin
- untuk darah rendah atau low hb, makan 2 biji sekali
- jika makan vitamin c, terbaik makan sekali kerana akan bantu penyerapan iron

B COMPLEX

- 1 biji sehari selepas breakfast
- elakkan makan dengan perut kosong atau berangin
- kencing berwarna kekuningan adalah normal, jika terlalu pekat, tanda kurang air

Untuk kurus, makan b complex sebelum makan nasi

Untuk tambah berat, makan b complex selepas makan nasi

-lapar ketika makan b complex, perkara biasa kerana b complex bfungsi tukar karbohidrat kepada tenaga. Karbohidrat jika tidak bertukar kepada tenaga akan berkumpul menjadi lemak dalam badan. Jika anda terasa lapar, minum banyak air kosong untuk berhentikan rasa lapar tersebut


VITALEA CHILDREN

- 1 atau 2 biji sehari
- vitalea children dirumus supaya tidak merosakkan gigi anak anda


CAROTOMAX

-1 biji sehari
- 3 biji sehari untuk mereka yang ada jerawat

COQHEALTH

- 1 biji sehari

PEPPERMINT GINGER PLUS

-1 atau 2 biji sehari bergantung pada jumlah angin dalam badan

PHYTOCOL ST

- 2 biji 2 kali sehari sebelum makan nasi
- najis berminyak perkara biasa kerana phytocol menyingkirkan kolesterol dari dalam usus

VITA C 500mg
- 1 biji selepas breakfast
- jika tak sihat, makan 4 biji sehari
- boleh buat masker vitamin c dengan larutkan dalam air

VITA C CHEWABLE /CHILDREN 100mg
-1 biji sehari atau 2-3biji ( kalau makan sebagai pengganti gula2 untuk kanak2)

ZINC
- 1 biji sebelum breakfast
- untuk rambut gugur atau bjerawat, makan 3 biji sehari
- zinc penting untuk kesuburan lelaki, naikkan imun terhadap demam selsema, bantu tambahkan insulin bagi pesakit kencing manis dan bantu penyembuhan bagi ibu dalam pantang

OSTEMATRIX

- 2 biji lepas sarapan 2 biji sebelum tidur 
- magnesium dalam ostematrix bantu lawas untuk ibu berpantang

VITAMIN E

- 1 biji sebelum tidur
- boleh buat masker vitamin e dengan pecahkan kapsul
- jika muka berjerawat, digalakkan pakai masker dan makan vitamin e dalam GLA COMPLEX

ESP

Minum 2 kali sehari
-Selepas bangun tidur
-Sebelum tidur 
(sukatan ESP = 1.5 sudu besar dengan 200ml air)
(ESP tidak digalakkan diambil bersama vita lea) 

Untuk kurus, minum sebelum makan nasi pagi, tengahari dan malam. Nasi makan 1/2 atau 1/4 dari biasa. Boleh menjadi ganti makan pagi,tengahari atau malam.


Bancuh dengan air kegemaran seperti air kosong, air jus, milo atau susu


-resepi direkemen, bancuh 3 sudu besar esp bersama 1-2 sudu besar madu atau pati kurma,tambah air kosong penuh 1 shaker  shaklee


-boleh buat masker, campur esp dengan yoghurt


-elakkan bancuh dengan air panas


COLLAGEN

Minum 1 sachet 1kali sehari
ATAU
1 sachet 3kali sehari
-boleh dicampur jus/air coklat/ribena/twister orange
-Boleh dibuat masker 90% minum+10%masker
-untuk buat masker, campur collagen dengan sedikit air, sapu pada kulit, tunggu 5 minit dan basuh

ALFALFA

- maksimum 10 biji sehari, biasa 5-6 biji
- 2 slps breakfast
-2 slps lunch dan
-2 slps dinner

(Selepas bersalin 2 minggu atau jika baby tiada jaundis baru boleh makan alfalfa)

-air kurang akan sembelit, minum banyak air

Bagi yang ada resdung, makan 2 biji sehari, kemudian tambah sebijik sehari. Alfalfa bertindakbalas dengan resdung dan membersihkannya. Tanda2 resdung sedang dirawat alfalfa adalah sakit kepala, bersin dan selsema ( makan vitamin c dan nutriferon untuk cepatkan proses penyembuhan) 


-bagi yang makan alfalfa untuk tambah susu, buah dada akan lebih bengkak, berdenyut dan insyaaAllah bayi anda akan tidur lebih lena tanda kenyang


LECITHIN

makan 6 biji sehari 
-2 biji selepas breakfast
-2 biji selepas lunch
-2 biji selepas dinner
ATAU
-3 biji selepas breakfast
-3 biji selepas lunch atau dinner

-untuk kawal berat badan, makan 3 biji lecithin 1-30minit sebelum makan nasi, terbaik makan bersama 2 biji herblax untuk mudahkan pembuangan lemak.


Herb lax

makan 4 biji sehari atau 2 hari seminggu
-2 biji selepas breakfast
-1 biji selepas lunch
-1 biji selepas dinner
ATAU
-2 biji selepas breakfast
-2 biji selepas lunch atau dinner
ATAU
-4 biji sebelum tidur

OMEGA GUARD

-kanak- kanak 2 tahun ke atas
Makan sebiji sehari selepas makan
-Untuk dewasa makan 2 biji sehari selepas makan
-ibu hamil makan semasa pregnant 4 bulan ke atas untuk development otak bayi, makan 1 -3 biji sehari. 
-untuk kanak2, 1 biji sehari. Bawah 2 tahun 1 titis dalam air susu. 
-ibu menyusu makan 1 biji sehari untuk bantu perkembangan otak bayi dalam susuan dan pulihkan saraf otak yg tputus ketika bsalin(pelupa)

GARLIC

2 biji sehari
-1 biji selepas breakfast
-1 biji selepas dinner 

GLA
Untuk kesuburan makan 2 biji sehari
-1 biji selepas bangun tidur
-1 biji sebelum tidur
makan pada hari pertama period sehingga hari subur iaitu kira-kira hari ke 14.

CINCH
Cinch minum 2 x sbg pengganti breakfast dan dinner
200ml air dan cinch ikut kesesuaian

MEALSHAKE

UNTUK KANAK- KANAK 2 tahun ke atas
- minum 1 kali sehari (1sudu teh)
(boleh dibancuh dengan susu@milo@lain- lain minuman anak) 

MEALSHAKE

- UNTUK KANAK- KANAK 1- 2 tahun - minum 2 hari sekali (1sudu teh)
(boleh dibancuh dengan susu@milo@lain- lain minuman anak)

MEALSHAKE

- UNTUK DEWASA
- minum 1 kali sehari (1 sudu makan)
(boleh dibancuh dengan air kosong atau apa2 minuman kegemaran) 

Untuk tambah berat,minum secawan mealshake selepas makan nasi 2 atau 3 kali sehari


PERFORMANCE DRINK

- minum sebelum/semasa/selepas latihan(3 sudu makan)
(boleh dibancuh dengan air kosong atau air sejuk.setelah dibancuh boleh disimpan di dlm fridge 


*Vitalea tidak boleh ambil bersama esp dan ostematrix bagi mengelakkan masalah penyerapan iron, jarakkan 2 jam

*Vita E, GLA tidak boleh ambil bersama alfalfa kerana akan mengganggu penyerapan, jarakkan 2 jam
* vitamin c boleh makan sekali dengan vitalea bagi tingkatkan penyerapan
*kalau mengandung 1st trimester, elakkan makan vit e, vivix, omegaguard, alfalfa 


PASTIKAN MINUM AIR MASAK 2.5 ATAU 5 LITER SEHARI.

~Elakkan pengambilan kafein atau bergas bersama supplement kerana kafein boleh menghalang penyerapan zat supplement ke dalam badan
~Jarakkan pengambilan kafein dengan supplement sekurang- kurangnya 4 @ 5 jam...
~Jika makan B Complex, urine akan menjadi kuning dan itu adalah normal
~ masker pakai untuk 5-10minit, kemudian basuh sebersihnya
~Untuk hidup yang sihat, kurangkan pengambilan makanan tinggi karbohidrat, gula dan berlemak
~ bersenam supaya berpeluh untuk melancarkan peredaran darah & singkirkan toksin bawah kulit

Sebarang kemusykilan boleh hubungi cik Nurul atau boleh terus order jika berminat:





Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Ada macam-macam cara ramai pasangan ikhtiar untuk dapatkan cahayamata..cik Nurul berkongsi pengalaman cik Nurul sendiri melalui tempoh menunggu selama 3 tahun lamanya..walau bila ada yang mendengar kata 'oh, kejap jer tu, ada lagi yang lama'..namun yang melalui sahaja merasai betapa lamanya setiap saat dalam penantian itu..menghadapi cakap-cakap orang sekeliling lagi..so mommies bersabar yer kerana Allah beri kamu ketika kamu benar-benar bersedia..jom kita share tips sama-sama:



1. JUMPA DOKTOR PAKAR

1st step semua orang kene buat😉..

Cik Nurul selepas 1 tahun memang ada cek ke doktor💉 pakar..just cek basic macam 🔭scan rahim, tengok kedudukan rahim, pap smear, ambil darah..untuk suami cek sperma..cik Nurul dgr penerangan doktor..bila lega takde masalah baru proceed dengan alternatif lain..setakat ni ubat subur ada sekali cuba tapi tak mengena..

❤Cadangan cik Nurul:

Pilih doktor yang pakar sakit puan yang anda boleh commit masa⌚ pergi berdua suami dan isteri..bukan apa bila pergi berdua suami akan jelas dengan tentang penerangan doktor..bukan kita seorang jer berusaha..sbb kdg masalah datang dari lelaki atau perempuan juga🙆🙍

Tanya kawan-kawan doktor mana yang bagus.. (jika ada kewangan lebih)..beberapa suggestion area JB:

✔Hospital Regency - ada 3 doktor sakit puan..salah seorang Dr Toha..dia sangat direcommended oleh ramai orang

✔Hospital Columbia - ada 3 doktor sakit puan..dan salah seorangnya perempuan

✔Hospital Penawar (area Pandan) - cik Nurul jumpa doktor di sini sebab dia ada buka untuk jumpa doktor time malam..sbb suami kerja siang hari..so curi masa time ni..doktor pun perempuan

✔LPPKN - ni kawan yang suggest..costing berpatutan dan jika buat IUI boleh claim balik jika anda pekerja kerajaan😉

Ni semua hasil pertanyaan dengan kawan-kawan..tapi banyak juga lagi hospital area berdekatan yang tawarkan rawatan..pokoknya ongkos💵

Nak tanya cik Nurul anggaran costing ok jer..so semoga perkongsian ini membantu😊

#tipsikhtiarhamil
#journeymomtobe
#jomsamasamakongsi
#mamanoraiman💋



2.JAGA PEMAKANAN DAN DIET

Selepas 1 tahun dengan kesibukan bersama nor Aiman..Kat sini rasa nak sharing momment mcmana cik Nurul dapatkan ci Aiman👶 dalam masa 3 tahun 

Salah satu tips🙋 mcm kat atas ni☝

Ini cara cepat hamil yang paling penting. 

Diet bukan sampai tidak makan langsung. Nanti ada pula yang kata, “Aku gemuk pun boleh mengandung apa!”. Itu rezeki namanya.

Apa yang ingin ditekankan, pastikan makan makanan yang berkhasiat🍅🍊🍆🍄🍏

4-5 bulan sebelum lekat Aiman..mmg ada ikut program diet Arif Sukri -Ustaz Fitness-..😎 group support untuk nak diet dan jaga pemakanan sihat..dari segi kalori..so sape nak cuba bleh cuba..murah jer rm30 (harga 2 tahun lps)

Serius..rupanya membantu utk lekat..

Gigih waktu tu..fikir nak diet🙆 jer..alhamdulillah Allah bagi berita gembira😆

Gigih tau cik Nurul beli CD exercise..😉😉..dah en somi tak bg exercise kat luar

So next sharing ttg supplement pula..so mommies kat luar sana dah boleh start GAYA HIDUP SIHAT

#ikhtiarhamil
#myjourneymomtobe
#jomsamasamakongsi
#mamanoraiman


3.AMALAN ZIKIR-ZIKIR NAMA ALLAH

Sebelum cik Nurul lekat ci Aiman👶..on the way ke sekolah (jauh dalam 30-40 minit)..dari dok dengar radio..cik Nurul jadikan zikir-zikir amalan harian..

Petua ni ada seseorang yang minta amalkan😍..zikir nama Allah katanya..yang dari 99 nama Allah tu ada nama-nama Allah yang memohon kemurahan rezeki

Kat sini cik Nurul kongsi amalan zikir nama-nama Allah untuk mendapatkan zuriat👶:

AL- BARI (MAHA MENGADAKAN)
AL- MUSAWWIR (MAHA PEMBENTUK)
AL- KHALIQ (MAHA PENCIPTA)

Baca 100x (setiap satu) dalam perjalanan ke tempat kerja atau masa lapang..

Sambil baca & gosok perut 🙆anda, amalkan waktu pagi & malam.

Ini yang cik Nurul amal dan selang seli dengan bacaan Yassin..

Semoga impian semuanya dipermudahkan Allah, Ameen dengan perkongsian ini🌷

#ikhtiarhamil
#journeymomtobe
#jomsamasamakongsi
#mamanoraiman


4.SUSU KAMBING 🍶FRESH + KURMA

Yes..ini satu usaha cik Nurul yang berterusan..dari 4-5 bulan sebelum🐑

Ramai kengkawan yang tanya..boleh tak susu kambing 🐐yang dah proses mcm2 kat pasaran skrg..

Sebaiknya yang fresh🐐 dari ladang tanpa campuran..kurma yang dah proses..

Bleh google cara nak buat..byk sangat..yang gaya cik Nurul cmni😉

1. Ambil 7 biji kurma🌰..pegang sama2 dgn suami..doa sama2.. doa-doa untuk ikhtiar hamil (bleh google)

2. Kurma🌰 tu bawa ke dapur..buang biji..blend dgn susu kambing tu..ckup segelas..

3. Panaskan suam-suam..sbb cik Nurul sejenis tak leh hadam bau susu ni😡

4. Tuang masuk dalam gelas..pegang sama-sama dgn suami..baca balik doa-doa tadi..dan diiringi doa kita sendiri..🙆

5. Minum separuh-separuh dari gelas yang sama..baru ler loving couple❤

So ni sharing yang cik Nurul buat..sbb ada ustazah kat sekolah suruh cuba..

Ada juga cik Nurul dgr dalam ceramah agama..katanya Jin yang duduk dkt rahim tu tak suka susu kambing🐑..

So mommies..dah bleh cuba cara baru yer mommies..lagipun ni mmg sunnah Rasulullah😊

#ikhtiarhamil
#myjourneymomtobe
#jomsamasamakongsi
#mamanoraiman



5.VITAMIN IKTIAR HAMIL

Cara cepat hamil yang berikutnya ialah berkenaan makanan tambahan atau supplement💊. Badan perlukan nutrien. 

Lihat senarai vitamin ini yang dapat meningkatkan kesuburan dan memudahkan untuk ‘conceive’:

Vitamin E
Zinc
Copper
Panthothenic acid
Potassium
Vitamin A
Vitamin C
Vitamin D
Thiamin B6
Riboflavin
Niacin

Fuh, banyaknya kan? Kalau ada duit lebih, boleh beli di farmasi🏥.

 Jika tidak, cari buah-buahan 🍎🍅🍏🍊🍋🍆🍇🍉dan makanan lain yang mengandungi nutrien tersebut.

Untuk pil herba, sila rujuk pada yang pakar juga. Jangan makan sebarangan.

Nak order dengan cik Nurul pun ok😊

#iktiarhamil
#journeymomtobe
#mamanoraiman

6.PERBAIKI SOLATMU DAN SEDEKAHMU

Ini pesanan cik Nurul dapat dari ramai orang..banyakkan solat sunat terutamanya solat Dhuha dan solat Tahajud juga solat Hajat..cik nurul ni kadang ada juga terskip skip..tp Solat Dhuha tu inshaAllah 

Mohon juga ibu-ibu sedang mengandung doakan awak..dulu cik Nurul suka gosok perut mak-mak tengah pregnant..suruh maknya doakan untuk cik Nurul juga..

Power of sedekah..ini salah satu yang membantu semua pintu rezeki..inshaAllah dalam kita memberi sedikit atau banyak niatkan dengan doa kita sekali..ya Allah semoga dengan sedekah ini, datangkan ku rezeki zuriat atau anak..

Aminn..

Dan

Yakinlah, dengan doa dan tawakal setelah semua usaha telah dibuat..yang penting istiqamah untuk lakukan secara berterusan..

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
MAKANLAH BUAH UNTUK ELAKKAN PENYAKIT

"An apple a day keeps the doctor away"

Ramai yang kata makan buah adalah satu amalan bagus dan menyihatkan. 

Sesetengah buah-buahan sangatlah kaya dengan Vitamin C.

Vitamin C adalah vitamin penting larut air. 

Sumber makanan Vitamin C yang baik termasuk jus oren, jus limau / jus jeruk, buah kiwi emas, strawberi, dan lada merah manis.

Dalam kajian dietari harian Amerika mendapati :

✅ Vitamin C menggalakkan penyerapan zat besi daripada makanan dan diiktiraf sebagai nutrien antioksidan iaitu perlindungan yang membantu meneutralkan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel.

✅ Vitamin C menyumbang kepada sintesis kolagen biasa dalam saluran darah, tulang rawan, tulang, gigi, dan gusi.

✅ Kerosakan kulit yang disebabkan oleh pendedahan cahaya UV dapat juga dicegah oleh suplemen Vitamin C.

✅Vitamin C juga memainkan peranan penting dalam sistem kekebalan tubuh dengan merangsang pengeluaran sel darah putih (contohnya limfosit) dan tindak balas terhadap sel-sel yang dijangkiti (melalui sel pembunuh semulajadi)

✅ Vitamin C boleh membantu mengurangkan tekanan darah dengan meningkatkan pembuluh darah (vasodilation) 

✅ Pengambilan Vitamin C dikaitkan dengan risiko pengurangan gout dan penyakit jantung serta kematian dari semua sebab, termasuk kanser dan penyakit jantung. 

Vitamin C mempunyai pelbagai kebaikan kepada tubuh badan manusia yang mana ianya tak mampu dihasilkan sendiri, kita perlu menampung kekurangan tersebut dalam amalan permakanan seharian secara berterusan, 

Pendek kata, mesti berdisiplin memakan buah dan sayur yang kaya Vitamin C dalam kuantiti yang cukup pada setiap hari.

Jika kita risau tak mampu berdisiplin, bolehlah ambil alternatif daripada makanan tambahan.

Sumber :

https://www.webmd.com/cold-and-flu/qa/what-is-vitamin-c

http://healthresource.shaklee.com/Ingredients/vitamin-c-ascorbic-acid/


PERUT PEDIH BILA MAKAN BUAH OREN?

Walaupun ramai orang tahu mengambil banyak dos vitamin C itu terbaik, tapi perlu beringat dos yang tinggi pun tidak jelas secara seratus peratus ia akan beri manfaat. 

Sesetengah kajian mendapati bahawa dos melebihi 200 miligram tidak digunakan oleh badan. 

Sebaliknya, vitamin C tambahan dikeluarkan dalam air kencing. 

Tahap pengambilan atas yang boleh diterima dari suplemen adalah jumlah tertinggi yang kebanyakan orang dapat ambil dengan selamat. 

Dos yang lebih tinggi mungkin digunakan untuk merawat kekurangan vitamin C. 

Tetapi jangan ambil lebih banyak kecuali atas nasihat doctor untuk keadaan penyakit anda.

Pada dos yang disyorkan, suplemen vitamin C adalah selamat. 

Walau bagaimanapun, jika diambil oleh SESETENGAH ORANG boleh menyebabkan sakit perut, pedih ulu hati, kekejangan, dan sakit kepala.

Dos yang tinggi vitamin C boleh menyebabkan gejala yang lebih sengit, seperti batu ginjal dan cirit-birit yang teruk.

Sustained Release Vita-C PlusTM adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai PERUT SENSITIF. 

Ia mempunyai SISTEM PELEPASAN BERPERINGKAT yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan MENGURANG PEMBAZIRAN. 

Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam. 

Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C untuk kesan yang lebih baik dalam masa yg sama tidak "menghakis" perut. 

Bagi yang mempunyai masalah perut sensitif, anda tak perlu lagi risau istilah pedih perut selepas memakan buah masam atau meminum jus buah oren.

Rujukan :

https://www.webmd.com/diet/supplement-guide-vitamin-c#1

http://www.shaklee.com.my/ms/products/healthy-nutrition


Jika berminat untuk order boleh menghubungi cik Nurul:







Share
Tweet
Pin
Share
No comments
91% MAKANAN KANAK-KANAK TERDIRI DARIPADA MAKANAN TINGGI KANDUNGAN GARAM DAN GULA

Dalam satu kajian program TV kanak-kanak, Sembilan dalam 10 iklan makanan yang ditujukan kepada anak-anak menjual makanan tinggi lemak, garam tinggi, gula tinggi, atau makanan rendah nutrien. 

Kajian ini didapati pada 27.5 jam program kanak-kanak yang mana pengiklan memasukkan lebih dari empat jam iklan, separuh daripada yang memasarkan makanan atau restoran kepada anak-anak. 

Ameena Batada, Dr PH, Pusat Sains dalam Kepentingan Awam, dan rakan sekerja menganalisis kandungan nutrisi makanan yang diiklankan. 

Iklan restoran dianggap mempromosikan makanan yang tidak sihat jika lebih daripada separuh item menu kanak-kanak restoran itu tinggi lemak, garam, gula, atau rendah nutrien.

Kebanyakan makanan yang diiklankan kepada kanak-kanak adalah: 

➡Tinggi gula tambah (59% daripada iklan) 
➡ kandungan lemak yang tinggi (19% daripada iklan) 
➡Tinggi natrium (18% daripada iklan) 
➡Lemak lemak tepu atau trans

Pendedahan kepada makanan kurang berkhasiat menggangu diet harian kanak-kanak yang terpengaruh dengan iklan makanan. Amalan makanan yang tidak berkhasiat merisikokan pelbagai penyakit kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang kurang nutrisi sihat secara berterusan akan menyebabkan mereka mudah sakit, emosi terganggu dan alami pengurangan dalam peningkatan kendiri.

Vita-Lea® for Children dihasilkan dengan rangkaian 18 vitamin dan mineral penting untuk tumbesaran, 

Setiap hidangan menyediakan 100% Nilai Harian kesemua lapan vitamin B, serta vitamin C, D dan E, yang memainkan peranan penting untuk menyokong tubuh yang sihat.

Ibu bapa tak perlu risau tentang kandungan gula atau pewarna sintetik kerana ianya dirumuskan khas tanpa tambahan pengawet, pemanis atau perasa tiruan, dan ia dimaniskan secara semula jadi menggunakan xylitol yang tidak menggalakkan kerosakan gigi.

Vita-Lea for Children juga bebas gluten dan berperisa anggur lazat yang pasti digemari oleh si manja.

Rujukan :

https://www.webmd/children/news/20080401/91percent-of-kid-food-ads-unhealthy#1



Jika berminat dengan vitalea boleh hubungi cik Nurul di talian berikut:



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Morning Mommies

ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee ini sangat membantu bagi menggantikan sarapan pagi mommies..mommies pasti bertenaga dan dapat bertahan sehingga tengahari..ESP ini juga akan bantu cantikkan kulit dan pudarkan parut tau😉

Jom semak resepi-resepi ESP yang boleh mommies buat semua:
















So mommies yang nak consume ESP atau berminat untuk jadi ahli boleh hubungi cik Nurul:


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts

About me


Saya merupakan Pengedar Shaklee di Johor Bahru,Tiram,dan kawasan sekitar Kota Tinggi SID 1281254.COD di Desa Cemerlang ,Taman Daya,Tebrau,Mount Austin,Plentong,Tiram,Taman Sri Saujana,Bandar Kota Tinggi

SET SET SHAKLEE

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • Google+

Blog Archive

  • February 2018 (4)
  • January 2018 (3)

Daftar ahli shaklee

Ingin mencari supplemen yang sesuai dengan diri & keluarga atau ingin menjana pendaptan 3-4 hanya dari rumah?Jom segera hubungi Nurul

Pm/whatsapp/+60194459749
Emel:akmarsaid85@gmail.com
Instagram:me beauty

Beli sendiri


Klik untuk beli/Walk in ke cawangan berdekatan

Followers

Created with by ThemeXpose